Skip to content
Radio Logo
PodcastsGovernmentKeluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Latest episode

274 episodes

  • Keluar Sekejap

    EP218 | Tahanan Rumah Najib, Skandal Jensen Huang, Hubungan Malaysia-Taiwan, Gibran Mundur

    13/11/2026 | 1h 31 mins.
    Episod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.
  • Keluar Sekejap

    Can Malaysia Win the AI Race Without Owning the Tech? | Live at MooFest 2026

    13/11/2026 | 37 mins.
    Recorded live at MooFest 2026, hosted by Moomoo Malaysia: https://start.moomoo.com/0IQ9jW
    Shahril Hamdan sits down with Dennis Jee, CEO of Moomoo Malaysia, and Woody Ang, Managing Director of Pemandu Capital, to unpack Malaysia’s place in the age of AI.
    Should Malaysia aim to own the technology, or win by building on top of it? The panel explores why the real opportunity may lie at the application layer, from the 1.2 million SMEs driving the economy to the data centre supply chain most investors overlook. Dennis walks the audience through how retail investors can use Moomoo's Investment Themes, Industry Chain and AI tools to look beyond the obvious names, while Woody explains why Pemandu Capital is betting on conventional "non-sexy" businesses that AI can supercharge. Shahril also shares how he uses a panel of AI agents to debate his portfolio every day, and why your own judgement should still carry the day.
    The conversation closes on careers: the skills young Malaysians need to thrive when AI is part of every job.Disclaimer: This video is for educational purposes only and does not constitute investment advice.
  • Keluar Sekejap

    EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas Angkasa

    12/11/2026 | 44 mins.
    🥊 Daripada kutipan RM50 juta dalam masa 49 hari, kepada suspek yang dikejar polis tetapi masih sempat bayar tol… nampaknya minggu ini kita bukan sahaja belajar tentang politik, malah tentang kepentingan menjadi pengguna lebuh raya yang bertanggungjawab. 😂Ada juga segmen KELUAR ANGKASA! Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik untuk meneroka fakta-fakta menarik tentang angkasa lepas. Tapi bukan setakat planet dan bintang, kita turut menyentuh tentang penampakan UFO di Kuantan. Betul ke ada makhluk asing singgah di Pantai Timur, atau orang Kuantan sebenarnya nampak benda lain? 👽 Mungkin anda boleh melayan segmen ini dengan perisa Corntoz Ring terbaru, corn crush creamy ring, rasa luar biasa seluas angkasa.Tapi daripada semua drama ini, kita masuk pula ke topik utama: PILIHANRAYA US & AI BUBBLE.Macam mana keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada industri AI dan pelaburan pusat data di Malaysia? Dan adakah kita sedang menyaksikan permulaan kepada gelembung AI yang bakal pecah?Dalam episod kali ni kita sembang:💰 RM50 Juta & Dana Politik — 49 hari, RM50 juta. Kalau sehari boleh kumpul sejuta, tak perlulah buat fun run lagi.🚐 Suspek Bayar Tol — dikejar polis dengan Nissan Vanette, tetapi Touch 'n Go tetap kena tap. Undang-undang jalan raya mesti dihormati!🎃 Zahirah MacWilson & Perayaan — apabila Halloween, Christmas dan Easter semuanya masuk dalam satu bakul.🥊 Lawyer Ang vs Superman Hew — daripada cabaran debat kepada pertarungan tinju. Siapa sangka politik boleh sampai ke gelanggang?🎬 Crazy Rich Asians Audition — Mandarin tak berapa lepas, Cantonese kita cuba. Yang penting yakin!👽 Keluar Angkasa — fakta-fakta angkasa lepas dan misteri penampakan UFO di Kuantan. Adakah kita benar-benar bersendirian di alam semesta?🇺🇸 Pilihanraya Pertengahan Penggal US 2026 — perubahan kuasa politik di Amerika dan kesannya terhadap Donald Trump, Elon Musk serta industri teknologi.🤖 AI Bubble & Pusat Data Malaysia — pelaburan berbilion dolar, Google, OpenAI, Anthropic dan persoalan sama ada ledakan AI ini benar-benar mampan atau sekadar gelembung yang menunggu masa untuk pecah.🔥 Dan paling penting… kalau pusat data makan elektrik, minum air dan akhirnya syarikat AI pula tak mampu bayar bil, siapa yang akan tanggung semuanya?Sebab mungkin masa depan AI memang cerah…Tapi kalau gelembung itu pecah, jangan sampai pusat data yang dibina berbilion ringgit akhirnya bertukar jadi gelanggang pickleball pula. 😂Dan kalau anda tertanya-tanya apa kaitan RM50 juta, Nissan Vanette, Superman, Crazy Rich Asians, UFO Kuantan, Pilihanraya US dan AI Bubble dalam satu episod…Jawapannya: inilah Sembang KS. Semua benda boleh masuk, asalkan ada cerita!Selamat menonton EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas AngkasaJangan lupa **LIKE, COMMENT, SHARE & SUBSCRIBE!**
  • Keluar Sekejap

    EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

    06/11/2026 | 37 mins.
    Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon.Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol.Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat.Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel, industri magnet, akademik dan ketenteraan.Daripada jendela perpindahan politik hinggalah ke anugerah ikon wanita, macam-macam cerita dalam episod kali ini.Tekan PLAY, duduk santai dan mari kita sembang. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tinggalkan komen. Kalau terasa, itu mungkin kebetulan.#SembangKS #Episod30 #MusimPilihanraya #PRNMelaka #IkonWanitaSelangor
  • Keluar Sekejap

    EP217 | Kempen PRN Melaka, CSA Madani, US Midterms Elections, Israel & Brazil Elections

    05/11/2026 | 1h 28 mins.
    Dalam Episod 217 Keluar Sekejap, Shahril Hamdan bersama YB Fadhli Saari membincangkan beberapa isu semasa, antaranya kempen PRN Melaka yang baru sahaja membuka tirai dengan 28 kerusi DUN dipertandingkan, serta realiti politik di sebalik gabungan BN dan PN, selain PH dan Bersatu.Episod ini turut mengulas tentang Confidence and Supply Agreement (CSA) yang ditandatangani minggu lalu oleh enam Ahli Parlimen Bersatu dan seorang wakil Muda bagi menyokong Kerajaan MADANI. Perjanjian ini membuka ruang kepada pemberian peruntukan kepada kawasan mereka serta sokongan terhadap beberapa agenda reformasi yang dijanjikan kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini membincangkan perkembangan pilihan raya Israel yang masih belum menemui penyelesaian jelas, kebangkitan Lula dalam politik Brazil, serta pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang menyaksikan kemenangan besar Demokrat.Jangan lepaskan Episod 217 Keluar Sekejap untuk kupasan lanjut mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.myTimestamp EP21700:00 Intro6:45 Kempen PRN Melaka31:30 Bubar Parlimen43:19 CSA Madani1:04:42 Pilihan Raya Israel1:13:28 Pilihan Raya Brazil1:18:54 US Midterms Elections
More Government podcasts
About Keluar Sekejap
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
Podcast website

Listen to Keluar Sekejap, The DSR Network and many other podcasts from around the world with the radio.net app

Get the free radio.net app

  • Stations and podcasts to bookmark
  • Stream via Wi-Fi or Bluetooth
  • Supports Carplay & Android Auto
  • Many other app features